Halaman

Jelitaku-MK

29 Sep 2010

Tip Penjagaan Kereta 5 - Kit Kecemasan Kereta

Setiap pemilik kereta sepatutnya menpunyai satu kit kecemasan di dalam kereta mereka tidak kira samda perjalanan dekat atau jauh. Kit kecemasan ini amat berguna di waktu kemalangan atau kerosakan kereta berlaku.

Apakah yang perlu ada di dalam kit kecemasan? Bayangkan … anda dalam perjalanan melalui sebuah lebuhraya yang anda tidak biasa dan kereta anda rosak di tengah-tengah jalan. Apakah yang anda perlukan?


1
Bekalan air minuman (sekurang-kurangnya 1 liter)
2
Kit rawatan kecemasan dan buku panduan
3
Pemadam api
4
Lampu suluh (Serta bekalan bateri)
5
Alatan kecemasan kereta - kabel pelompat, pemutar skrew, playar, gunting dan lain-lain.
6
Kun tiga segi yang berkilau
7
Bahan pendingin enjin
8
Payung
9
Kertas tisu
10
Pelekat
11
Mancis
12
Kompas
13
Peta
14
Sepasang selipar
15
Kain selimut
16
Bekas kosong (sebagai bekas petrol sekiranya anda kehabisan petrol)

Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, kit kecemasan ini amat berguna di waktu kecemasan.

27 Sep 2010

Rahsia Hidup Kaya & Berjaya

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

24 Sep 2010

Senarai Top 50 Gaji Pemain Bola Sepak

Senarai dikeluarkan oleh Futebol Finance, sebuah agensi pemasaran Portuguese. Senarai adalah berdasarkan gaji yang diterima untuk semusim sahaja (senarai sebelum world cup 2010)

1 Cristiano Ronaldo (Real Madrid, £11.3million)
2 Zlatan Ibrahimovic (Barcelona, £10.4million)
3 Lionel Messi (Barcelona, £9.1million)
4 Samuel Eto'o (Internazionale, £9.1million)
5 Kaka (Real Madrid, £8.7million)
6 Emmanuel Adebayor (Manchester City, £7.4million)
7 Karim Benzema (Real Madrid, £7.4million)
8 Carlos Tevez (Manchester City, £7million)
9 John Terry (Chelsea, £6.5million)
10 Frank Lampard (Chelsea, £6.5million)

11 Thierry Henry (Barcelona, £6.5million)
12 Xavi (Barcelona, £6.5million)
13 Ronaldinho (AC Milan, £6.5million)
14 Steven Gerrard (Liverpool, £6.5million)
15 Daniel Alves (Barcelona, £6.1million)
16 Michael Ballack (Chelsea, £5.6million)
17 Raul (Real Madrid, £5.6million)
18 Rio Ferdinand (Manchester United, £5.6million)
19 Kolo Toure (Manchester City, £5.6million)
20 Wayne Rooney (Manchester United, £5.2million)
21 Robinho (Manchester City, £5.2million)
22 Iker Casillas (Real Madrid, £5.2million)
23 Victor Valdez (Barcelona, £5.2million)
24 Frederic Kanoute  (Sevilla, £5.2million)
25 Deco (Chelsea, £5.2million)
26 Didier Drogba (Chelsea, £4.8million)
27 Gianluigi Buffon (Juventus, £4.8million)
28 Francesco Totti (Roma, £4.8million)
29 Luca Toni (Roma, £4.8million)
30 David Villa (Valencia, £4.8million)
31 Arjen Robben (Bayern Munich, £4.8million)
32 Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich, £4.8million)
33 Ashley Cole (Chelsea, £4.8million)
34 Fernando Torres (Liverpool, £4.8million)
35 Gareth Barry (Manchester City,  £4.8million)
36 Patrick Vieira (Internazionale, £4.8million)
37 Charles Puyol (Barcelona, £4.3million)
38 Andres Iniesta (Barcelona, £4.3million)
39 Sergio Aguero (Atletico Madrid, £4.3million)
40 Andreas Pirlo (AC Milan, £4.3million)
41 Willy Sagnol (Bayern Munich, £4.3million)
42 Franck Ribery (Bayern Munich, £4.3million)
43 David Beckham (AC Milan, £4.3million)
44 Wayne Bridge (Manchester City, £4.3million)
45 Lassana Diarra (Real Madrid, £4.3million)
46 Dimitar Berbatov (Manchester United £4.1million)
47 Andrei Arshavin  (Arsenal, £4.1million)
48 Nicolas Anelka (Chelsea, £4.1million)
49 Ryan Giggs (Manchester United, £4.1million)
50 Alessandro Del Piero (Juventus, £4.1million)

22 Sep 2010

Kisah Si Ayah, Anak dan Keldai

Pada suatu pagi cerah seorang ayah mengajak anaknya ke pasar. Mereka berniat menjual keldai untuk memenuhi keperluan hidup sehari-hari. Tahu keldai, kan? Binatang yang mirip kuda tetapi bertubuh lebih kecil dan suaranya meringkik.
Maka, berangkatlah si ayah, anaknya, dan keldai itu. Si ayah naik ke atas belakang keldai, sedangkan anaknya berjalan menuntun keldai ke pasar yang berjarak 10 kilometer dari rumah mereka.

Ditengah jalan berselisihlah si ayah dan anaknya dengan sekelompok orang. Orang-orang itu mencebek si ayah dengan kata-kata, "Dasar orang tua mahu senang sendiri, umurnya saja yang banyak otak tak ada, lihatlah, dia bersenang-lenang duduk di atas keldai sedangkan anaknya bersusah-payah berjalan di tengah padang pasir yang kian terik
. "

Demi mendengar kritik pedas ini, si ayah pun turun. dia lalu menyuruh anaknya menggantikan kedudukannya di atas belakang si keldai. Ayah dan anak ini kemudian meneruskan perjalanan menuju ke pasar.

"Anak tak sedar diri, senang dia duduk santai di atas keldai, sementara orang tuanya berjalan kaki. Anak derhaka! "Kata seorang yang yang sedang duduk di sebuah warung yang mereka lewati.
Mendengar itu mereka berhenti sejenak. Berfikir. Akhirnya bersetuju untuk berdua naik keldai yang telah bersusah-payah sejak tadi. Perjalanan diteruskan.

"Hahahahaha ...," sekarang mereka ditertawakan seseorang yang memiliki janggut separas dada. "Dasar orang gila, tak berperikemanusiaan, tak punya rasa kasihan. Masakan binatang begini kecil, begini ringkih, dinaikki dua orang yang sebesar gajah begitu!? Nah, apa kata dunia? "Repek panjang seseorang yang melihat mereka berdua menunggang keldai.

Mereka lalu turun dari keldai. Anaknya mencadangkan bagaimana kalau keldai itu digotong saja. Si ayah bersetuju. Diikatlah kaki keldai, dua-dua, yang depan dan belakang. Kemudian diantara kaki keldai itu mereka masukkan sebatang kayu untuk menggotong. Mereka berjalan lagi. Keldai itu sekarang terbalik kedudukannya, kaki di atas dan kepala di bawah, meronta-ronta dalam gotongan si ayah dan anaknya.

Melihat perihal ini, orang-orang yang mereka lepasi semakin pedas kata-katanya. "Apa kamu memang benar-benar telah gila? Keldai hidup kenapa digotong seperti mati? "

Lalu mereka menurunkan keldai dan melepaskan ikatannya. Sekarang mereka berjalan bertiga: si ayah, anaknya, dan keldai. Tapi apa lah nasib. Seseorang yang mereka temui kemudian malah mengomel, "Dasar bapa dan anak sama bodoh dengan keldainya. Ada kenderaan kenapa tak dinaiki? "

Mereka lalu memutuskan untuk berehat sebentar. Duduklah si ayah, anaknya, dan si keldai di bawah sebatang pokok kurma. Mereka cuba menghilangkan dahaga dengan meneguk air dari oasis yang berada tak jauh dari situ.

Apa kata si ayah pada anaknya kala haus telah mula berkurangan? Inilah nasihatnya.

"Wahai Anakku, sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang-orang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai), dan hilang kemulian hatinya (keperibadian), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu, ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.

"Wahai anakku, bukankah aku telah berkata kepadamu, kerjakanlah pekerjaan yang membuat engkau menjadi soleh dan janganlah menghiraukan orang lain. Dengan peristiwa ini saya hanya ingin memberi pelajaran kepadamu. "

20 Sep 2010

Muncul Kembali

19/09/2010 tiba dirumah setelah bercuti raya selama hampir 2 minggu dikampung. Kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 yang lain menggemparkan negara ketika umat Islam bergembira meraya sambutan Aidilfitri. Sepenuh kepercayaan diletakkan kepada PDRM dalam menjalankan sisatan supaya yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.

Takziah dan Al-Fatihah.

7 Sep 2010

Rahsia Usahawan Kosmetik

SEBUT sahaja tentang kecantikan kita pastinya mengaitkan dengan wanita. Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang dalam soal kecantikan iaitu ia sangat membantu para usahawan produk kecantikan memajukan perniagaan mereka.

Dalam melihat kejayaan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecantikan, selalunya kita hanya melihat kisah kejayaan mereka. Tetapi pastinya di sebalik cerita kejayaan akan terselit liku-liku kepayahan dalam mengharungi hidup dan perniagaan.

Penceraian jadi dorongan

Pengalaman hidup yang diharungi oleh usahawan kosmetik berjaya Datuk Sosilawati Lawiya dalam mengharungi liku-liku kehidupannya sememangnya sangat mengharukan. Akibat kegagalan perkahwinan benar-benar mengajar beliau erti kehidupan.

Satu ketika dahulu wanita ini pernah menjaja produk kecantikan dari rumah ke rumah sambil mengendong bayinya. Ini semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara enam anaknya yang masih kecil selepas suami yang menjadi tempat bergantung menceraikannya.

Biarpun tidak pernah keluar bekerja sepanjang bergelar isteri, Sosilawati tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk mengharap belas ehsan daripada orang lain bagi meneruskan kehidupan.

Menurut wanita kelahiran Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini, penceraian pada usia awal 30-an telah menjadikannya lebih berani untuk menongkah liku-liku kehidupan.

“Saya akui, perceraian pertama memang perit apatah lagi di bahu saya tergalas tanggungjawab untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna,’’ katanya.

Sosilawati percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu urusan Tuhan malah tidak keterlaluan jika dikatakan perceraian tersebut menjadi pencetus kepada kejayaannya sekarang.

Bagi beliau peristiwa itu mengajarnya untuk berdikari dan mula bercampur dengan rakan-rakan yang terlibat dalam perniagaan kosmetik dan kecantikan dan mendapati ia merupakan sebuah perniagaan yang bagus. Berkat kesabaran dan menganggap kegagalan sebagai pengajaran, Sosilawati gigih mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvella Visage (NV) malah sudah bergelar usahawan kosmetik berjaya pada usia 40-an.

Mengakui tidak mempunyai pendidikan yang tinggi hanya sekadar SPM sahaja namun beliau sanggup bermula dari bawah.

“Pada asalnya saya hanya menjual produk kosmetik orang lain kemudian saya menubuhkan butik kecantikan.

“Saya buat sendiri semua urusan dari memberi facial hinggalah menarik pelanggan. Namun berkat dari usaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti putus asa, saya menikmati hasilnya sekarang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia
 
Catatan: Sehingga hari ini, kehilangan Datuk Sosilawati masih menjadi misteri... Semoga selamat hendaknya.

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

3 Sep 2010

Senarai 5 Bintang Terkaya Youtube



Walaupun nama-nama bintang YouTube itu mungkin tidaklah dikenali sangat di kalangan penduduk dunia, tapi mereka memang terkenal di dunia maya terutamanya menerusi klip video di laman Youtube yang disiar melalui internet. Menurut TubeMogul, sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Berikut adalah senarai 10 bintang terkaya Youtube yang dimaksudkan.

1. Shane Dowson

Shane Dawson merupakan seorang pelawak satira yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS). Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.

2. Video The Annoying Orange

Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615). Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali.

3. Philip DeFranco

Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip. Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali.

4. Ryan Higa

Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS pernah menghasilkan video komedi yang ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970).

5. Lukas Cruikshank

Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska. Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.

Lepas ni sesiapa nak menjana pendapatan melalui Youtube, bolehlah hasilkan video kreatif dan menarik perhatian ramai. Tapi jangan pula buat video yang tak senonoh. Memanglah dapat hit atau jumlah tontonan yang banyak, tapi bukan duit yang dapat melainkan malu.


Sumber: Kosmo online

2 Sep 2010

Video Klip Terbaru Namewee

Ada sesiapa dah tengok… aku belum tengok… dah search google dan check kat blog namewee tapi takde. Dah kena banned ke?

Setiap kontroversi pasti mengundang publisiti. Tengok sajelah jumlah pelawat blog namewee semalam, 12 ribu pengunjung setakat kol 10 malam.

Tapi bagi setiap kontroversi, ada harga yang perlu dibayar. Berani buat berani tanggung!

Tip Penjagaan Kereta 4 - Penjagaan Penapis Minyak

Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masaalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak yang sesuai ketika menukar minyak injin.

Penapis berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan injin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen injin.

Sebelum berhadapan dengan masaalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km. Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut:

Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungi benda yang boleh merosakkan kompenen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran.

Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis. Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Kemudian setelah injin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak injin disekitar penapis minyak atau tidak.

Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambag minyak enjin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada enjin.

Contohnya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Berdasarkan maklumat itu, pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan kenderaan dipasang dengan penapis yang rendah mutunya.

Kepada mereka yang terlalu ingin menjaga enjin kereta disarankan untuk menukar penapis setiap kali menukar minyak enjin iaitu setiap 5000 km. Kepada pemilik kereta baru digalakkan tidak menggunakan minyak enjin yang perlu di tukar setiap 10 000 km. Hal ini bagi mengurangkan mendapan karbon didalam enjin. Selamat menjaga enjin kereta...

1 Sep 2010

Siapa Ashley Qualls?

Hari ini saya nak kongsi satu kisah hidup bagaimana seorang budak “mentah” bernama Ashley Qualls yang merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com.

Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu. Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-layout hasil ciptaan beliau. Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja pengguna MySpace seluruh dunia.

Masa pun berlalu. Tahun 2007 – Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG SEBULAN!!! WOW!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari website tersebut. Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000 sebulan. Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-limpah tersebut? Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti Adsense, Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat? Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada harga USD$1.5 Juta. Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY