Halaman

Jelitaku-MK

29 Dis 2010

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part 2

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

22 Dis 2010

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part 1

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

20 Dis 2010

The Social Network

Orang kaya dan terkenal, kisah hidupnya pasti ingin diketahui oleh semua orang, kisah bagaimana seseorang itu berjaya menjadi kaya.

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.
Mark Zurkerberg mengkritik bahawa ada kesilapan asas dalam filem tersebut kerana menggambarkan dia memulakan facebook setelah mabuk akibat ditinggalkan kekasih dan motivasinya membina facebook kerana untuk mendapat gadis.

16 Dis 2010

16 Sebab Bisnes Gagal - Part 2

9.PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG TIDAK BERKUALITI
Zaman ini pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Disebabkan persaingan semakin tinggi, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
10.GAGAL MENGENAI PASTI PELANGGAN
Siapakah bakal pelanggan anda? Di mana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana cara anda boleh mencapai bakal pelanggan? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti pelanggan anda dalam melakukan sebarang jualan.
11.LEMAH DALAM URUSAN KEWANGAN
Fahami angka kewangan perniagaan anda.Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira. Walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.
12.GAGAL MENGIKUT TREND SEMASA DAN PASARAN
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Umpamanya, satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi untuk berhibur, kini trend sudah berubah kepada pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan dapat dikemas kini mengikut arus zaman.
13.PERBELANJAAN OVERHED YANG TINGGI
Sering kali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed pada paras minimum.Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja,kos premis, kos air, kos internet,dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000, jika anda ingin dapatkan keuntungan.
14.TIADA PERANCANGAN PERNIAGAAN
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal.Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan. Atur strategi pemasaran untuk mendapatkan lebih pelanggan. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.
15.PERANCANGAN TANPA TINDAKAN
Perancangan hanyalah langkah pertama.Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda belajar daripada kesilapan.
16.GAGAL BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ia dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya.Teruskan usaha kerana kejayaan akan ditemui di sebalik kegagalan!

10 Dis 2010

16 Sebab Bisnes Gagal - Part 1


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa punca atau sebab mengapa sesebuah perniagaan itu gagal. sering kali kita lihat beratus ribu perniagaan gagal. tetapi mengapa yang selebihnya berjaya? pasti ada sebab mengapa sesuatu perniagaan itu gagal…di sini saya simpulkan beberapa sebab mengapa sesebuah perniagaan itu gagal
Berikut adalah sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!
1.TIADA MATLAMAT
Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa setahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa tiga tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.
2.TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN
Pelanggan merupakan aset utama dalam apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan, kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Malah sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
3.TIDAK USAHAKAN JUALAN
Keuntungan perniagaan datangnya daripada jualan. Amat jarang-jarang sekali sesuatu jualan datang dengan sendiri. Usahawan perlu berusaha untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapatkan jualan demi jualan, kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!
4.TIDAK SABAR
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu yang panjang dan bukan meraih keuntungan maksimum pada jangka waktu yang singkat.
5.GAGAL MELETAKKAN PRIORITI
Dikatakan, 20 peratus daripada usaha akan menghasilkan 80 peratus daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80 peratus usaha perniagaan yang hanya memberi 20 peratus pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20 peratus yang memberi keuntungan 80 peratus.
6.MELAKUKAN SESUATU DI LUAR BIDANG
Sebaik-baiknya jalankan perniagaan yang memang dalam bidang kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam bidang anda, hanya akan mengurangkan motivasi.
7.TIDAK MEMPUNYAI DAYA SAINGAN PADA PRODUK ATU PERKHIDMATAN
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat, sama ada lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas daripada pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, hanya kan menenggelamkan perniagaan anda.
8.PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, sekadar produk, masih tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keprluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmitek untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, bahkan menyebabkan kulit pengguna berminyak pula! Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
bersambung....

8 Dis 2010

Kisah Katak

Ini adalah kisah katak oleh Jutawan Minda Dr. Azizan Osman, yang menjadi inspirasiku...
Anda pernah dengar kisah katak? Kisah katak di dalam bikar? Tidak pernah? Biar saya kongsikan lagi sekali. Sekumpulan pelajar sains telah menjalankan satu ujikaji di makmal menggunakan katak. Pada ujian yang pertama, katak tersebut cuba dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari bikar yang berisi air panas tersebut.

Kemudian, pelajar sains tersebut telah membuat ujian kedua. Di dalam ujian kedua kali ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dibawah ketulan ais tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronaklah ia dibawah ketulan ais tersebut. Tidak lama selepas itu, pelajar sains tersebut bertindak memanaskan bikar yang berisi ais dan katak tersebut menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar. Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang menyebabkan ais tersebut semakin lama, semakin cair. Setelah berubah menjadi air dan ianya semakin panas menggelegak, ironinya katak tersebut tetap tidak berganjak keluar dari air panas tersebut dan akhirnya ianya mati.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah katak ini? Katak sebenarnya mempunyai sel memori, walaupun ianya adalah sel ingatan yang kurang, tidak seperti manusia, tetapi katak dapat merakamkan “perasaan” seronok kesejukan dibawah ketulan ais tersebut. Apabila ais berubah menjadi cair dan semakin lama semakin panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan” memori indah dibawah ketulan air, ia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya lebih rela mati daripada berubah atau bertindak keluar dari situasi tersebut.

Di dalam situasi kehidupan kita, ramai juga yang “terperangkap” dengan zon selesa (Comfort Zone) merasa selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan cabaran hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat. Ramai yang tidak perasan yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja hari ini dan akan datang. Ramai yang tidak sedar yang mereka semakin hari semakin menjadi “tidak mampu” untuk mempunyai banyak pilihan. Ramai yang tidak sedar yang mereka membesar dengan “termakan” dengan banyak kata-kata negatif atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang sederhana atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti “Alah, buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin, tidak ada duit tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang ada, hidup ini tidak lama, mati tidak bawa pun harta benda semua!”. Itu adalah ayat-ayat “Minda Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan ianya menjadi penghalang atau paradigma yang menghalang saya untuk hidup luar biasa kaya dan berjaya serta diberkati.

Saya dapati untuk membina satu kehidupan yang cantik serta berjaya di dunia dan mudah-mudahan berjaya di akhirat. Kita perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang Maha Kuasa. Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu bapa kita “bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari. Hari ini ramai daripada kita yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan ramai yang “membuang” ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah malu untuk mengusung kita di dalam kandungan ke sana sini ketika ia hamil serta sentiasa menjaga kita bila kita dilahirkan. Kita dijaga dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita boleh berdikari tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk dengan ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan yang luar biasa terhadap kita.

Tuhan tidak menjadikan kita hanya untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa” sahaja. Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang tidak. Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan yang terbaik di dalam kehidupan kita untuk diri kita, keluarga kita, anak bangsa kita, agama kita dan negara kita. Adakah mustahil seseorang itu boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan sentiasa diberkati? Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah berjaya hidup luar biasa begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”, maka kita ingat semua orang hidup macam katak seperti kita.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.hidupluarbiasa.com

5 Dis 2010

Kisah Semut

Aku pasti ramai yang dah dengar kisah ni, tapi yang belum baca, silalah baca, semoga member inspirasi…

Ada satu kisah, berpuluh-puluh ekor semut berlumba-lumba panjat pokok yang sangat licin. Kesemua binatang yang menonton menjerit-jerit beri galakan. Tapi banyak semut yang jatuh hingga tinggal beberapa ekor sahaja yang terus mencuba. Binatang lain pun terus menjerit tapi mula menyindir:

“Tak payah la nak buat benda yang mustahil tu”
“Mengaku kalah sahajalah” Dan macam-macam lagi.

Akhirnya tinggal seekor sahaja semut yang terus berusaha perlahan-lahan dan binatang lain semua ketawakan dia yang bodoh, dan sombong sebab terus juga hendak panjat pokok tersebut. Tetapi akhirnya dia berjaya, bersorak habis binatang lain dan mereka mula memuji kehebatan semut yang seekor ni. Bila ditemu-ramah akan rahsia kejayaannya, mereka semua terkejut bahawa rupa-rupanya semut yang menang itu pekak.

Moralnya, ada masanya (kadang-kadang) untuk berjaya kita kena belajar memekakkan diri . Yang pasti rintangan akan kita tempuhi, jalan kejayaan biasanya berduri. Kadang-kala yang kita dapat adalah caci-maki, bukan daripada orang tidak kita kenali tetapi saudara-mara dan rakan-rakan sendiri. Tabahkan diri dan usahalah lagi sehingga kejayaan itu pasti.

Ingatlah, orang berjaya, dia memulakan sesuatu dan dia akan melakukannya sehingga habis, manakala orang gagal pandai memulakan sesuatu tetapi kemudiannya dia akan mencari alasan kegagalannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY