Halaman

Jelitaku-MK

24 Feb 2011

Kisah Jutawan Muda


Siapa tak kenal Irfan Khairi, jutawan internet melayu Malaysia. Kiranya dia ni idola bagi manusia yang ingin bergelar jutawan. Ikuti kisah dia...

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500, Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun, sudah pun bergelar jutawan. MELIHAT dari segi luarannya, penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan.
Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire, Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham, iaitu Netmedia [UK] Ltd.
Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet, dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.
Namun, Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut. Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999. Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.
‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan]. Lepas habis belajar di UiTM, saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,’ Katanya.
Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang. Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka.
Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.
‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] , tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.
Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia, kebanyakannya dari Amerika Syarikat, Britain, Negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.
Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.
‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.
Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.
Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.
‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujar Irfan yang gemar menonton TV.
Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.
‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik.
Di Malaysia banyak lagi jurang dalam pemasaran. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,’ katanya.

22 Feb 2011

Senarai 10 Pemain Bola Sepak Terkaya

Ini adalah senarai pemain yang terkaya, berbeza dengan senarai pemain yang menerima gaji tertinggi. Senarai ini adalah termasuk tajaan yang diterima oleh pemain (dalam matawang Euro)

1. David Beckham (LA Galaxy & Milan): € 30M
Former England captain is 35 years old earn about 30 million euros. Salaries were obtained from the MLS club Los Angeles Galaxy and Adidas sponsorship contract.
Unfortunately, opportunities to increase revenue Becks likely to interfere with his absence in South Africa 2010 World Cup due to injury to the Achilles tendon.

2. Cristiano Ronaldo (Real Madrid): € 22M
Megastar Real Madrid, Cristiano Ronaldo after the Forbes list. CR9 has 22 million euros a year income. Ronaldo almost half of the income derived from sponsorship contract with Nike.
Portugal winger was signed to Los Merengues, last summer from Manchester United for six years worth 11 million euros this year. Ronaldo's contract climbed 25 percent in the second year onwards.

3. Ricardo Kaka (Real Madrid): € 17.5M
Teammate Ronaldo, Ricardo Kaka complete list of top three earning 17.5 million euros per year.

4. Ronaldinho (Milan): € 17.5M
And Brazilian compatriot Kaka, Ronaldinho was in fourth position with the same amount of income.

5. Thierry Henry (Barcelona): € 16M
French captain and Barcelona striker, Thierry Henry was in fifth position with 16 million euros a year income. Henry income could double if the rumors of his move to MLS after Beckham at the end of this season are true. Henry has been linked with the New York Red Bulls.

6. Lionel Messi (Barcelona): € 14M
FIFA Player of the Year and Ballon d'Or-winning (Best of Europe) in 2009, Lionel Messi was in sixth position with 14 million euros of income.

7. Frank Lampard (Chelsea): € 12M

8. John Terry (Chelsea): € 11M

9. Zlatan Ibrahimovic (Barcelona): € 11M

10. Steven Gerrard (Liverpool): € 10.5M

20 Feb 2011

Jutawan Bas Express

Profil - Daripada Penyanyi Menjadi Jutawan
NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA: 34 tahun
LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)
PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.
Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.
“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.
Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.
Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.
Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.
Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.
Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
“Biasalah... dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.
“Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.
Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.
“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.
“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.
Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.
“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.
Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.
“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.
“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.
Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.
Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.
“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?
“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.
“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.
Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.
Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.
“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.
“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.
“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.
Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.
“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.

Apa pulak bidang yang boleh jadikan kita seorang jutawan?

17 Feb 2011

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia 2011


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Robert Kuok kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM50.04 bilion, demikian menurut tinjauan terbaharu majalah Malaysian Business di sini.
Taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan pula berada dalam kedudukan semakin selesa apabila berjaya merapatkan jurang kekayaan yang dimiliki bernilai RM45.78 bilion.
Nilai kekayaan Ananda meningkat hampir 70 peratus berikutan pertambahan nilai Maxis dan tindakannya menjadi tiga syarikatnya sebagai syarikat milik persendirian.
Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow pula berada pada kedudukan ketiga sebagai individu terkaya negara dengan kekayaan RM12.77 bilion diikuti Tan Sri Lee Shin Chen, Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd. dengan mengumpul kekayaan sebanyak RM12.74 bilion.
Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kekal ditempat kelima dengan nilai harta RM10.89 bilion dan tempat keenam, Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan, meningkat daripada kedudukan ketujuh dengan kekayaan RM7.09 bilion.
Satu-satunya individu Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula berada kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan RM8.84 bilion, peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua pula berada di kedudukan kelapan dengan anggaran kekayaannya RM7.43 bilion.
Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Rimbunan Hijau pula ditempat kesembilan dengan memiliki kekayaan sebanyak RM4.77 bilion dan hartawan Singapura, Ong Beng Seng didakwa berada pada kedudukan ke-10 dengan nilai aset RM3.98 bilion.
Beng Seng merampas kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent apabila kekayaannya menyusut menyebabkan ia hanya sekadar berada di tempat ke-12.
Sementara itu, senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.
Menurut Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus didorong oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.
Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu.
Keseluruhan pertambahan itu adalah seiring dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.
Tambahnya, tahun ini menyaksikan bilangan individu terkaya lebih banyak iaitu sebanyak 27 orang, bertambah lima daripada 2010.

Sumber: Utusan Malaysia

12 Feb 2011

Tak Menulis Pun Boleh Buat Duit Dengan Blog

Ramai yang menyangka bahawa, blog memerlukan kita menulis dan menulis. Tetapi hakikatnya, tidak semestinya perlu menulis. Sebuah blog, boleh dimasukkan kandungan sama ada secara bertulis, audio, video ataupun gambar (imej, foto, lukisan…).

Berikut adalah dua contoh blog yang menggunakan imej sahaja tanpa begitu banyak menulis:

1. http://www.icanhascheezburger.com
Blog ini meletakkan gambar-gambar (foto) kucing yang lucu. Cuba lihat, tidak banyak bahkan tidak ada pun ayat-ayat yang panjang bukan? Tetapi, pemilik blog ini telah berjaya menjana pendapatan hanya melalui blog ini sekitar lebih 4 angka USD sebulan.

2. http://www.blaugh.com
Blog kedua ini pula memaparkan komik yang melucukan yang boleh ‘diambil’ oleh sesiapa sahaja dan meletakkannya di blog atau laman web mereka. Pemilik blaugh.com ini juga menjana pendapatan melalui pengiklanan.

Kesimpulannya, blog bukan hanya perlu menulis, tetapi anda boleh meletak imej, foto, lukisan, audio dan video. Jadi, jelaslah bahawa blog ini bukanlah hanya untuk mereka yang tahu menulis sahaja, sebaliknya ia adalah untuk sesiapa sahaja.

Cuma sahaja syaratnya, anda mesti ada idea.

Untuk maklumat lanjut kunjungi http://bloggingsteps.com/tips/

8 Feb 2011

6 Teknik Kekal Positif

Kita semua tahu bahawa persekitaran kita saat ini terlalu banyak sangat perkara- perkara yang berunsurkan negatif. Terlalu banyak berita berunsur negatif di luar sana yang terus mempengaruhi minda kita setiap hari. Belum lagi kata-kata dan kritikan orang-orang disekeliling kita. Apakah kita mesti membiarkannya mempengaruhi kita sehingga kita menjadi takut untuk meneruskan kehidupan kita. Sudah tentulah tidak sama sekali. Ini adalah kerana kita semua pasti ada impian dan matlamat yang mahu dikejar. Kalau kita layan anasir-anasir negatif ini tentulah kita setiap hari akan duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa kerana membayangkan kalau saya keluar rumah hari ni tentu saya akan diekori oleh orang jahat yang mahu membunuh saya.

Ada 6 teknik untuk membuatkan kita kekal positif:

1. Sentiasa merasa bersyukur atas setiap kebaikan.

Setiap kali kita merasa tertekan, stress atau menemui kegagalan cuba kita bayangkan kelebihan-kelebihan yang kita sedang nikmati dan rasai berbanding orang lain di luar sana semisalnya:
- Hari ini aku masih dapat bersarapan pagi sampai kenyang sedangkan ramai orang diluar sana tak tahu lagi nak makan apa hari ni disebabkan bencana alam atau perang.

2. Berada di lingkungan orang-orang yang positif.

Untuk kekal positif kita mesti sentiasa berada dalam lingkingan orang yang positif. Hindari bercakap-cakap dengan orang yang berfikiran negatif. Kadang-kadang mungkin sukar untuk kita mengelak dari berbual dengan orang-orang yang negatif tetapi apa yang penting bila kita berinteraksi dengan orang yang negatif jangan beri tumpuan sangat pada apa yang mereka katakan. Ini kerana orang yang negatif boleh menjangkitkan sikap negatif dia kepada kita.

3. Sentiasa fokus kepada impian dan matlamat.

Sentiasa tetapkan matlamat dan impian kita supaya kita tahu arah dan halatuju hidup kita ini. Sentiasa bayangkan apa yang ingin kita capai dan rasai dalam hidup ini. Orang seperti apakah yang ingin kita jadi suatu hari nanti. Walaupun kejayaan yang kita capai masih sedikit tatap teruskan langkah kehadapan kerana setiap kejayaan kecil akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar.

4. Yakin bahawa sesudah kesusahan akan ada kesenangan.


Kita sebagai umat Islam sentiasa kena yakin dengan janji Allah kerana dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 Allah SWT berfirman bahawa "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan ada kemudahan."

5. Sentiasa baca sesuatu yang boleh memberikan inspirasi dan motivasi. Hindari bacaan yang berunsurkan negatif.

Jika kita biasakan membaca artikel atau buku yang memberikan inspirasi dan motivasi , kita akan dapat terus kekal dalam keadaan positif. Ini kerana artikel-artikel/ buku-buku seperti ini selalu menceritakan liku-liku hidup mereka-mereka yang telah mencapai kejayaan di mana kisah-kisah mereka dapat kita jadikan panduan dan iktibar.

6. Berehat sejenak dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Lupakan masalah anda buat seketika waktu. Mungkin kita boleh keluar pergi membeli belah bersama kawan-kawan kita yang postif. Kita juga boleh pergi bersukan, berenang atau buat apa saja aktiviti yang menyeronokkan. Berehat dan enjoy seketika dapat membantu kita pulihkan semula semangat kita dan seterusya dapat kekalkan kita dalam keadaan postif.

Kredit: haidoctorhafiz.blogspot.com

2 Feb 2011

Buat Duit Dengan Blog

Beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :


1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.

2. Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.

3. Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti AdikBijak.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.

4. Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari. Daftar dengan pengiklan seperti nuffnang, adverlet atau mangga ads.

5. Jual produk sendiri, cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.

Untuk maklumat lanjut kunjungi http://bloggingsteps.com/tips/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY