Halaman

Jelitaku-MK

28 Jan 2011

Tip Penjagaan Kereta 9 - Lindungi Kereta Daripada Pemanasan Lebih Enjin


Perkara terakhir yang anda ingin melihat ketika memandu ialah pengelip amaran kereta mengelip-gelip atau kepulan stim keluar dari dalam bud kereta. Pemanasan lebih enjin sering berlaku terutama sekali di dalam kesesakan lalulintas yang boleh menyebabkan kerosakkan enjin yang teruk.

Pemanasan lebih enjin terjadi akibat ketidakupayaan sistem pendingin untuk menyerap, memindah dan menghilangkan haba. Ini disebabkan oleh aras bahan pendingin enjin yang rendah, kebocoran bahan pendingin enjin di dalam atau di luar, kerosakkan tolok suhu air, radiator tersumbat, kipas pendingin tidak berfungsi, tali sawat pemacu pam air gagal berfungsi ataupun pam air yang longgar ataupun kerosakkan tukup radiator.

Menggunakan penghawa dingin kereta di tahap maksima ketika terperangkap di dalam kesesakan lalulintas dalam musim panas juga boleh menyebabkan pemanasan lebih enjin

Untuk mengelakkan pemansan lebih enjin, periksalah aras bahan pendingin enjin selalu. Sebaiknya ia berada sekurang-kurangnya di tanda minima di dalam tangki simpanan. Tambahkan cecair bahan pendingin enjin hingga mencecah tanda maksima jika ia kurang. Jangan sekali-kali membuka tukup radiator dan tukup tangki simpanan ketika enjin masih panas. Jika anda mendapati terdapat kebocoran bahan pendingin enjin, baikilah ia secepat mungkin kerana ia boleh menyebabkan enjin terlebih panas.

Di samping itu, jika anda mendapati tokok suhu enjin meningkat lebih tinggi dari selalu, periksalah enjin kereta dengan cepat. Pastikan radiator tidak dihalang oleh kotoran atau sampah. Jika bahan pendingin enjin tidak mencukupi atau sistem berkarat, kemungkinan besar radiator akan telah tersumbat di dalam.

Kipas pendingin juga perlu diperiksa selalu. Pastikan kipas tersebut berfungsi dengan baik apabila enjin menjadi panas dan penghawa dingin digunakan. Jika tidak, motor kipas mungkin telah rosak dan perlu diganti.

25 Jan 2011

20 Tokoh Terkaya di Dunia 2010: Forbes



Biodata Carlos Slim Helu
Born : January 28, 1940 (1940-01-28) (age 70)Mexico City, Mexico
Nationality : Mexican
Ethnicity : Mexican-Lebanes
Alma mater : Universidad Nacional Autonoma de Mexico– UNAM
Occupation : Chairman& CEO of Telmex, Telcel and América Móvil
Net worth :▲US$60.0 billion (2010)
Religion : Maronite Catholic
Spouse(s) : Soumaya Domit (m. 1967–1999)
Children : Carlos, Marco, Antonio, Patrick, Soumaya, Vanessa, Johanna
Parents : Julian Slim HaddadLinda Helu

1. Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion)
2. Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion)
3. Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion)
4. Mukesh Ambani (India. Minyak, Gas. AS$29 billion)
5. Lakshmi Mittal. (India) Besi & Keluli. AS$28.7 billion)
6. Lawrence Ellison (Amerika Syarikat. Oracle . AS$28 billion)
7. Bernard Arnault (Perancis. LVMH - barangan mewah. AS$27.5 billion)
8. Eike Batista (Brazil. Pelombongan, Minyak. AS$27 billion)
9. Amancio Ortega (Sepanyol. Pakaian Runcit. AS$25 billion)
10. Karl Albrecht (Jerman. Pasaraya AS$23.5 billion)
11. Ingvar Kamprad dan Keluarga (Sweden. Ikea. AS$23 billion)
12. Christy Walton dan Keluarga (Amerika Syarikat. Walmart. AS$22.5 billion)
13. Stefan Persson (Sweden. Hennes and Mauritz. AS$22.4 billion)
14. Li Ka-shing (Hong Kong. Pelbagai. AS$21 billion)
15. Jim Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.7 billion)
16. Alice Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.6 billion)
17. Liliane Bettencourt (Perancis. L’Oreal. AS$20 billion)
18. S. Robson Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$19.8 billion)
19. Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud (Arab Saudi. Pelaburan. AS$19.4 billion)
20. David Thomson dan Keluarga (Kanada. (Harta Warisan/Pusaka. (AS$19 billion).


Orang terkaya Malaysia, Robert Kuok kalau masuk senarai, duduk kat tangga ke berapa yek?

24 Jan 2011

Pengasas Facebook buta warna


FACEBOOK adalah kisah kejayaan luar biasa pemilik nama Mark Elliot Zuckerberg, lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Dengan jumlah pengguna hampir 600 juta orang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Facebook itu mampu berada dalam senarai 40 individu bilionair dunia seperti yang diuar-uarkan majalah Forbes.
Sebuah laman berita, www.dailymail.co.uk menganggarkan sehingga 4 Januari lalu, nilai kekayaan yang dimiliki Zuckerberg berjumlah RM27.5 bilion (AS$9 bilion).
“Inisiatif pemuda ini untuk menghubungkan lebih daripada setengah bilion manusia dan memetakan jaringan sosial di kalangan mereka merupakan fenomena Internet masa kini.
“Berupaya menghasilkan satu bentuk pertukaran maklumat, Facebook juga boleh mengubah cara kita memanfaatkan hidup.
“Memang seharusnya pereka laman seperti ini diberi pengiktirafan,” jelas majalah Time yang yang menamakan Zuckerberg sebagai Person of The Year 2010.
Sehingga Disember lalu, dianggarkan seorang daripada 12 penduduk bumi memiliki akaun Facebook. Angka itu menyamai jumlah 550 juta pengguna.

Kerja gila
“Andaikan Facebok adalah sebuah negara, ia merupakan negara ketiga yang mempunyai populasi penduduk tertinggi selepas China dan India.
“Jika dihitung masa yang diperuntukkan oleh setiap pengguna untuk melayari Facebook, jumlah masa yang dihimpun bersamaan dengan 700 bilion minit sebulan,” jelas Time lagi.
Mula beroperasi pada Februari 2004 di sebuah bilik di kampus Universiti Harvard, Zuckerberg yang ketika itu berada di tahun kedua membangunkan Facebook dibantu dua rakannya, Dustin Moskovitz dan Sean Parker.
Diberi nama thefacebook.com, perancangan asal mereka sekadar menyediakan jaringan komunikasi antara pelajar kampus untuk mengetahui perkembangan antara satu sama lain.
Selepas mendapat sambutan baik dan banyak permintaan supaya jaringan laman tersebut diperluaskan, Zuckerberg cuba mengembangkan rangkaian berdasarkan kepercayaan dalam perhubungan ke seluruh dunia.
“Bagi saya semua ini adalah kerja gila. Saya masih teringat perbualan saya dengan kawan-kawan di kolej. Ini yang kami mahukan tujuh tahun dahulu.
“Tetapi pada ketika itu, saya anggap impian itu hanya gurauan kerana kami adalah pelajar kolej. Kami tidak layak untuk melakukannya. Ini adalah kerja gila,” seloroh Zuckerberg.
Boleh diakses dalam 72 bahasa, Zuckerberg percaya komunikasi tidak sepatutnya tersekat hanya kerana faktor bahasa.
Malah dia sendiri sedang mempelajari bahasa Cina selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Perancis, Latin, Hebrew dan Greek kuno.

Sukar puas
Mengenali anak lelaki tunggal kepada pasangan doktor gigi dan pakar psikiatri ini, Zuckerberg dibesarkan di Dobbs Ferry, New York, bersama tiga orang kakaknya.
Menurut bapanya, Edward, anaknya itu mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi.
“Sejak kecil, berbual dengannya boleh menjadi sesuatu yang mencabar.
“Bagi sesetengah budak, jawapan untuk mereka mungkin seringkas ya atau tidak. Namun bagi Zuckerberg, dia tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu jika jawapan yang diberikan kepadanya adalah tidak.
“Jika anda ingin berkata tidak, sediakan hujah kuat yang disokong dengan fakta, pengalaman, logik dan alasan munasabah.
“Malah, kami pernah membayangkan dia akan menjadi peguam suatu hari nanti kerana sifat ingin tahunya itu berupaya mempengaruhi hampir 100 peratus keputusan juri,” kata Edward.
Biarpun bergelar bilionair, Zuckerberg lebih suka mengamalkan kehidupan yang sederhana.
Dia memilih untuk tinggal di sebuah rumah yang disewa di Palo Alto bersama teman wanitanya, Priscilla Chan, seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan di Universiti California, San Francisco.
Dia juga hanya memandu kereta Acura TSX berwarna hitam berharga RM97,000 (AS$32,000).
Semasa kecil, Zuckerberg diajar mengenali program asas komputer sebelum bapanya mengupah seorang pembangun perisian berpengalaman, David Newman untuk melatihnya secara peribadi.
Mendapat pendidikan awal di sekolah tinggi swasta tempatan, Zuckerberg kemudian meneruskan pelajaran ke Philip Exeter Academy di New Hampshire.
Selepas itu, dia menyambung pengajiannya ke Universiti Harvard dan mengambil kursus dalam dua bidang serentak iaitu psikologi dan sains komputer.
“Ramai yang tidak faham mengapa saya ambil dua jurusan yang berbeza. Saya selalu tertarik untuk tahu bagaimana dua perkara ini bergabung untuk membangunkan perkara yang baik,” ujarnya.
Membuka rahsia mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook, Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang buta warna.
Mengikuti temu bualnya bersama Time, banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna.

sumber : kosmo online

17 Jan 2011

Pengasas Facebook pindah rumah

Rumah dan kereta Mark Zuckerberg

PALO ALTO, Amerika Syarikat - Pengasas laman sosial popular Facebook, Mark Zuckerberg, 26, memilih untuk mengamalkan gaya hidup sederhana apabila dia berpindah ke rumah baru dua tingkat yang sederhana, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun kekayaan Zuckerberg dianggarkan AS$15.86 bilion (RM48.53 bilion) dia lebih selesa menyewa sebuah rumah bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang terletak di pinggir bandar dengan keadaan sekitar yang biasa sahaja. Lokasi rumah baru Zuckerberg lebih dekat dengan pejabatnya.

Rumah sewa itu yang tidak mempunyai sistem kawalan kamera tertutup dianggarkan berharga kira-kira AS$2.38 juta (RM7.3 juta) dan mempunyai lima bilik berbanding rumah sewa lamanya sebelum ini yang mempunyai empat bilik.

Selain tinggal di kawasan penempatan biasa, Zuckerberg selesa menggunakan kenderaan lamanya, Honda Acura berwarna hitam yang bernilai kira-kira AS$20,628 (RM63,131). Dia mengasaskan Facebook lapan tahun lalu. Zuckerberg menggunakan kereta Honda itu selepas tawarannya untuk membeli sebuah kereta BMW milik jirannya ditolak. - Agensi

sumber: kosmo online

16 Jan 2011

Tip Penjagaan Kereta 8 - Cuci Kereta


Saya rasa semua orang tahu bagaimana mencuci kereta anda, tapi tahukan anda adakah langkah yang anda lakukan betul atau tidak. Ramai orang tak tahu mencuci kereta ada caranya, yang mana dahulu yang mana kemudian dan yang utama sekali jangka hayat cat kereta anda.

Walaupun ditempat kedai cuci kereta pun para pekerja yang mencuci kereta menggunakan teknik yang salah dan masih ramai yang tidak sedar akan akibatnya nanti. Baiklah, biarkan saya cerita sedikit mengenai punca masalah ini.

Pertama : Tahukah anda kereta kita akan membawa kekotoran pasir halus yang melekat.
Kedua : Tahukah anda kereta kita mungkin terkena najis haiwan seperti burung, kelawar.
Ketiga : Tahukah anda Kereta kita mungkin terkena getah daun pokok apabila kita parking.

Ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan pada cat kereta anda.

Langkah pertama: Apabila kereta kita kotor, kekotoran yang melekat pada badan kereta kita membawa pasir yang halus. Apa terjadi bila pasir tadi kita gosok, ya ini akan menyebabkan cat terhakis atau calar jika tidak menggunakan teknik betul semasa mencuci kereta anda.

Mula-mula basahkan kereta anda dari atas dahulu dan perlahan-lahan basahkan hingga kebawah, ini untuk memberi laluan kepada kotoran dan pasir jatuh kebawah, dan bukannya dari bawah keatas, pastikan semua bahagian badan kereta kita benar-benar basah, Biarkan ia basah dulu beberapa minit, jangan terus digosok dengan kain cuci sebab tanah yang melekat pada badan kereta belum betul-betul basah.

Kemudian bolehlah dilap dengan kain cuci atau sponge. mulakan dari atas bumbung dahulu kemudian turun kebawah tujuannya untuk memberi laluan kepada kekotoran dari atas turun kebawah dan untuk mengelakkan bahagian yang hendak dicuci nanti tiada pasir masih melekat (ingat jangan mulakan dari bawah ke atas sebab kain cuci atau sponge yang kita guna akan membawa kekotoran dan pasir kebahagian atas)

Kemudian seluruh cermin depan belakang dan sisi, dan barulah bahagian pintu bonet dan boot belakang, yang terakhir sekali barulah bahagian bawah pintu bumper depan dan belakang fender dan skirt kalau ada. Setiap bahagian yang dicuci pastikan kain atau sponge anda direndam dalam baldi pencuci untuk membuang kotoran dan pasir.

Akhir Sekali barulah dibilas dengan air dimulai dari atas dulu dan perlahan-lahan ke bawah, selesai saja lapkan bahagian badan kereta anda dengan kain kering, Untuk memastikan kereta kita betul-betul dicuci pastikan bahagian sisi pintu , sisi boot belakang anda dicuci, selalunya kekotoran akan melekat pada sisi pintu dan jika dibiarkan ia akan kekal dan menjadi susah untuk dibersihkan. Untuk bahagian rim boleh dicuci menggunakan kain atau sponge manakala tayar pula boleh gunakan berus serabut.

Akhir sekali cantikanlah kenderaan anda dengan bahan pengilat yang boleh didapati dikedai. ingat gunakan bahan yang sesuai saja seperti pengilat dalam kereta untuk dalam kereta saja dan pengilat tayar untuk tayar saja, tidak perlu membazir wang anda untuk membeli jenama yang mahal.

Untuk masalah najis haiwan dan getah daun jika terjumpa pada badan kereta, hendaklah dibersihkan serta merta dengan air dan untuk getah daun pastikan anda gunakan bahan polish jika ada, jika tiada cukuplah sekadar bahan cuci biasa. Najis haiwan dan getah daun merupakan bahan asid yang dapat menghakis cat kereta anda dan akan menyebabkan karat jika dibiarkan.

13 Jan 2011

Pengasas Google beli kapal layar terpakai


CALIFORNIA – Pengasas enjin carian, Google di Internet, Larry Page menyertai ‘kelab pemilik kapal mewah’ apabila dia membeli sebuah kapal layar mewah terpakai yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM137.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Kapal yang diberi nama Senses itu dibeli daripada seorang pengusaha arak dari New Zealand, Sir Douglas Meyer yang telah menggunakannya sejak 1999.

Senses yang bersaiz 58.8 meter itu dilengkapi dengan tapak pendaratan helikopter, gimnasium, dek bertingkat, 10 bilik mewah, 14 orang anak kapal dan rekaan dalaman dari pereka terkenal Perancis, Philippe Starck.

Page, 37, menerima kapal mewah terpakai itu daripada Meyer menjelang tahun baru lalu. Page yang berkahwin dengan seorang model, Lucinda Southworth pada 2007 dan mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur setahun.

Dia dianggarkan mempunyai kekayaan kira-kira AS$15 bilion (RM45.9 bilion). – Agensi

sumber: kosmo online

12 Jan 2011

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Final


41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

10 Jan 2011

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part 4


31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

4 Jan 2011

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part 3


21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY