Halaman

Jelitaku-MK

29 Dis 2010

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part 2

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

22 Dis 2010

Petikan kata-kata Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary - Part 1

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

20 Dis 2010

The Social Network

Orang kaya dan terkenal, kisah hidupnya pasti ingin diketahui oleh semua orang, kisah bagaimana seseorang itu berjaya menjadi kaya.

Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.
Mark Zurkerberg mengkritik bahawa ada kesilapan asas dalam filem tersebut kerana menggambarkan dia memulakan facebook setelah mabuk akibat ditinggalkan kekasih dan motivasinya membina facebook kerana untuk mendapat gadis.

16 Dis 2010

16 Sebab Bisnes Gagal - Part 2

9.PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG TIDAK BERKUALITI
Zaman ini pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan. Disebabkan persaingan semakin tinggi, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat pelanggan. Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.
10.GAGAL MENGENAI PASTI PELANGGAN
Siapakah bakal pelanggan anda? Di mana komuniti bakal pelanggan anda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimana cara anda boleh mencapai bakal pelanggan? Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran (niche market). Dengan menetapkan tumpuan pasaran, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti pelanggan anda dalam melakukan sebarang jualan.
11.LEMAH DALAM URUSAN KEWANGAN
Fahami angka kewangan perniagaan anda.Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira. Walaupun bunyinya mudah, namun, terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima. Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.
12.GAGAL MENGIKUT TREND SEMASA DAN PASARAN
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Umpamanya, satu ketika dulu, walkman menjadi pilihan utama muda mudi untuk berhibur, kini trend sudah berubah kepada pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan dapat dikemas kini mengikut arus zaman.
13.PERBELANJAAN OVERHED YANG TINGGI
Sering kali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan. Pastikan kos overhed pada paras minimum.Kos overhed termasuk kos elektrik, kos pekerja,kos premis, kos air, kos internet,dan sebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000, jika anda ingin dapatkan keuntungan.
14.TIADA PERANCANGAN PERNIAGAAN
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal.Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan. Atur strategi pemasaran untuk mendapatkan lebih pelanggan. Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.
15.PERANCANGAN TANPA TINDAKAN
Perancangan hanyalah langkah pertama.Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda belajar daripada kesilapan.
16.GAGAL BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluan pekerja kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan, ia dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan. Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan, gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya.Teruskan usaha kerana kejayaan akan ditemui di sebalik kegagalan!

10 Dis 2010

16 Sebab Bisnes Gagal - Part 1


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa punca atau sebab mengapa sesebuah perniagaan itu gagal. sering kali kita lihat beratus ribu perniagaan gagal. tetapi mengapa yang selebihnya berjaya? pasti ada sebab mengapa sesuatu perniagaan itu gagal…di sini saya simpulkan beberapa sebab mengapa sesebuah perniagaan itu gagal
Berikut adalah sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!
1.TIADA MATLAMAT
Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa setahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa tiga tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 10 tahun dari sekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.
2.TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN
Pelanggan merupakan aset utama dalam apa sahaja perniagaan. Utamakan pelanggan, kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Malah sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!
3.TIDAK USAHAKAN JUALAN
Keuntungan perniagaan datangnya daripada jualan. Amat jarang-jarang sekali sesuatu jualan datang dengan sendiri. Usahawan perlu berusaha untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskan untuk mendapatkan jualan demi jualan, kerana tanpa jualan, tiada keuntungan!
4.TIDAK SABAR
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera. Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu yang panjang dan bukan meraih keuntungan maksimum pada jangka waktu yang singkat.
5.GAGAL MELETAKKAN PRIORITI
Dikatakan, 20 peratus daripada usaha akan menghasilkan 80 peratus daripada pulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80 peratus usaha perniagaan yang hanya memberi 20 peratus pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20 peratus yang memberi keuntungan 80 peratus.
6.MELAKUKAN SESUATU DI LUAR BIDANG
Sebaik-baiknya jalankan perniagaan yang memang dalam bidang kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam bidang anda, hanya akan mengurangkan motivasi.
7.TIDAK MEMPUNYAI DAYA SAINGAN PADA PRODUK ATU PERKHIDMATAN
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat, sama ada lebih baik, atau lebih murah, atau lebih pantas daripada pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing, hanya kan menenggelamkan perniagaan anda.
8.PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan. Namun, sekadar produk, masih tidak mencukupi. Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keprluan pelanggan. Mungkin anda ingin jual bahan kosmitek untuk memutihkan kulit, tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, bahkan menyebabkan kulit pengguna berminyak pula! Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.
bersambung....

8 Dis 2010

Kisah Katak

Ini adalah kisah katak oleh Jutawan Minda Dr. Azizan Osman, yang menjadi inspirasiku...
Anda pernah dengar kisah katak? Kisah katak di dalam bikar? Tidak pernah? Biar saya kongsikan lagi sekali. Sekumpulan pelajar sains telah menjalankan satu ujikaji di makmal menggunakan katak. Pada ujian yang pertama, katak tersebut cuba dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari bikar yang berisi air panas tersebut.

Kemudian, pelajar sains tersebut telah membuat ujian kedua. Di dalam ujian kedua kali ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dibawah ketulan ais tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronaklah ia dibawah ketulan ais tersebut. Tidak lama selepas itu, pelajar sains tersebut bertindak memanaskan bikar yang berisi ais dan katak tersebut menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar. Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang menyebabkan ais tersebut semakin lama, semakin cair. Setelah berubah menjadi air dan ianya semakin panas menggelegak, ironinya katak tersebut tetap tidak berganjak keluar dari air panas tersebut dan akhirnya ianya mati.

Apa yang boleh kita pelajari dari kisah katak ini? Katak sebenarnya mempunyai sel memori, walaupun ianya adalah sel ingatan yang kurang, tidak seperti manusia, tetapi katak dapat merakamkan “perasaan” seronok kesejukan dibawah ketulan ais tersebut. Apabila ais berubah menjadi cair dan semakin lama semakin panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan” memori indah dibawah ketulan air, ia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya lebih rela mati daripada berubah atau bertindak keluar dari situasi tersebut.

Di dalam situasi kehidupan kita, ramai juga yang “terperangkap” dengan zon selesa (Comfort Zone) merasa selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan cabaran hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat. Ramai yang tidak perasan yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja hari ini dan akan datang. Ramai yang tidak sedar yang mereka semakin hari semakin menjadi “tidak mampu” untuk mempunyai banyak pilihan. Ramai yang tidak sedar yang mereka membesar dengan “termakan” dengan banyak kata-kata negatif atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang sederhana atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti “Alah, buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin, tidak ada duit tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang ada, hidup ini tidak lama, mati tidak bawa pun harta benda semua!”. Itu adalah ayat-ayat “Minda Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan ianya menjadi penghalang atau paradigma yang menghalang saya untuk hidup luar biasa kaya dan berjaya serta diberkati.

Saya dapati untuk membina satu kehidupan yang cantik serta berjaya di dunia dan mudah-mudahan berjaya di akhirat. Kita perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang Maha Kuasa. Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu bapa kita “bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari. Hari ini ramai daripada kita yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan ramai yang “membuang” ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah malu untuk mengusung kita di dalam kandungan ke sana sini ketika ia hamil serta sentiasa menjaga kita bila kita dilahirkan. Kita dijaga dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita boleh berdikari tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk dengan ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan yang luar biasa terhadap kita.

Tuhan tidak menjadikan kita hanya untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa” sahaja. Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang tidak. Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan yang terbaik di dalam kehidupan kita untuk diri kita, keluarga kita, anak bangsa kita, agama kita dan negara kita. Adakah mustahil seseorang itu boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan sentiasa diberkati? Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah berjaya hidup luar biasa begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”, maka kita ingat semua orang hidup macam katak seperti kita.

Untuk maklumat lanjut layari http://www.hidupluarbiasa.com

5 Dis 2010

Kisah Semut

Aku pasti ramai yang dah dengar kisah ni, tapi yang belum baca, silalah baca, semoga member inspirasi…

Ada satu kisah, berpuluh-puluh ekor semut berlumba-lumba panjat pokok yang sangat licin. Kesemua binatang yang menonton menjerit-jerit beri galakan. Tapi banyak semut yang jatuh hingga tinggal beberapa ekor sahaja yang terus mencuba. Binatang lain pun terus menjerit tapi mula menyindir:

“Tak payah la nak buat benda yang mustahil tu”
“Mengaku kalah sahajalah” Dan macam-macam lagi.

Akhirnya tinggal seekor sahaja semut yang terus berusaha perlahan-lahan dan binatang lain semua ketawakan dia yang bodoh, dan sombong sebab terus juga hendak panjat pokok tersebut. Tetapi akhirnya dia berjaya, bersorak habis binatang lain dan mereka mula memuji kehebatan semut yang seekor ni. Bila ditemu-ramah akan rahsia kejayaannya, mereka semua terkejut bahawa rupa-rupanya semut yang menang itu pekak.

Moralnya, ada masanya (kadang-kadang) untuk berjaya kita kena belajar memekakkan diri . Yang pasti rintangan akan kita tempuhi, jalan kejayaan biasanya berduri. Kadang-kala yang kita dapat adalah caci-maki, bukan daripada orang tidak kita kenali tetapi saudara-mara dan rakan-rakan sendiri. Tabahkan diri dan usahalah lagi sehingga kejayaan itu pasti.

Ingatlah, orang berjaya, dia memulakan sesuatu dan dia akan melakukannya sehingga habis, manakala orang gagal pandai memulakan sesuatu tetapi kemudiannya dia akan mencari alasan kegagalannya.

30 Nov 2010

Tip Untuk Menjadi Orang Cemerlang

Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Tatacara makan dan minum
• Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
• Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
• Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
• Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
• Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.

Tatacara di bilik air
• Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
• Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar

Tatacara didik anak
• Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat.
• Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.

Tatacara didik diri sendiri
• Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
• Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif. Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.

26 Nov 2010

Jutawan Jual Komputer Online - Dell

Michel Dell Lahir 23 Februari 1965, Houston, Texas, AS. Dikenali sebagai pengasas dan CEO dari Dell, Inc. Michael Dell adalah anak seorang orthodentist (doktor ahli merapikan gigi). Beliau pertama kali memulakan projek komputernya ketika berusia 15 tahun. Saat itu, kerana ingin tahu dia membongkar komputer baru Apple II untuk melihat bahagian-bahagian dan cuba memasangnya kembali.

Produk Dell pun sudah terdiversifikasi dari perniagaan asalnya. Sekarang, dia bukan hanya menjual komputer peribadi (PC), komputer riba (laptop) atau komputer server, melainkan juga media penyimpan (storage), printer, PDA, pemain muzik MP3, televisyen dan berbagai perkhidmatan komputer. Dell berkata, "Apabila mendirikan perniagaan ini di asrama mahasiswa, modal saya hanya 1000 dolar AS. Sekarang Dell telah berubah menjadi peruncit komputer online yang terbesar di dunia. Penjualan online Dell via Internet mencapai rata-rata 30 juta dolar AS per hari. "

Kunci utama kejayaan Dell adalah inovasi unik si pengasas. Ia membuat perubahan yang jauh berbeza dari yang dilakukan syarikat komputer pada saat itu. Bakal pembeli Dell boleh menempah terus komputer sesuai keinginan mereka melalui telefon atau internet. Mereka boleh memasukkan spesifikasi komputer yang ingin dibeli secara online. Disebabkan itu, Dell tidak perlu menyimpan stok barangan atau melakukan pelaburan yang terlalu besar. Sebenarnya dengan melakukan strategi jualan itu, Dell telah mengubah kelemahannya menjadi kekuatan. Kerana modalnya terhad, ia belum boleh mempunyai pejabat sendiri dan belum mampu mempunyai banyak stok. Jadi ia melakukan perniagaan dari asramanya. Ia tidak mengharap pelanggan untuk datang dan melihat "pejabat" nya. Ia meminta pelanggan untuk menempah melalui telefon atau Internet sesuai keinginan mereka, tanpa perlu datang ke kedai. Ternyata strateginya berjaya.

Falsafah perniagaan Dell adalah melalui kombinasi pemotongan kos, mengurangkan masa penghantaran, dan menyediakan khidmat pelanggan yang sangat baik. Untuk melakukannya, ia menggaji eksekutif berpengalaman, baik untuk mengisi pekerjaan di syarikat dan untuk bertindak sebagai mentor peribadi, dan dia menekankan jualan langsung di luar kedai runcit biasa. Pada tahun 1992 Dell menjadi CEO termuda dalam sejarah yang memiliki sebuah syarikat besar dan masukkan senarai majalah Fortune dari 500 syarikat top.

Pada tahun 2004 Dell mengundurkan diri sebagai CEO syarikat, tetapi ia tetap menjadi ketua Lembaga pengarah. Beliau berkhidmat di Dewan Yayasan Forum Ekonomi Dunia dan jawatankuasa eksekutif Dewan Perniagaan Antarabangsa. Ia juga menjadi Lembaga Penasihat Presiden Amerika Syarikat mengenai Sains dan Teknologi dan duduk di pengurus Indian School of Business di Hyderabad.

Pada tahun 1999 Dell dan isterinya, Susan, membentuk Michael & Susan Dell Foundation untuk menguruskan pelaburan dan usaha Filantropi keluarga Dell. Melalui yayasan, Dell menggunakan sebahagian dari kekayaan peribadinya untuk membantu anak-anak di seluruh dunia dengan menumpukan pada kesihatan, pendidikan, keselamatan, pembangunan generasi muda, dan rawatan anak usia muda, yang pada tahun 2005 memberikan sumbangan lebih daripada $ 1 bilion, memberikan berjuta-juta dolar untuk membantu mangsa tsunami 2004 di Asia Selatan. Pada tahun 2006 ia juga menyumbang $ 50 juta kepada University of Texas di Austin.

15 Nov 2010

Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.
3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.
4.  Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja. Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.

3 Nov 2010

"Billionaire"

i like this song...
[Bruno Mars]
I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen

[Chorus]
Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire

[Travis "Travie" McCoy]
Yeah I would have a show like Oprah
I would be the host of, everyday Christmas
Give Travie a wish list
I’d probably pull an Angelina and Brad Pitt
And adopt a bunch of babies that ain’t never had sh-t
Give away a few Mercedes like here lady have this
And last but not least grant somebody their last wish
Its been a couple months since I’ve single so
You can call me Travie Claus minus the Ho Ho
Get it, hehe, I’d probably visit where Katrina hit
And damn sure do a lot more than FEMA did
Yeah can’t forget about me stupid
Everywhere I go Imma have my own theme music

[Chorus]
Oh every time I close my eyes
I see my name in shining lights
A different city every night oh
I swear the world better prepare
For when I’m a billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire
Oh oooh oh oooh for when I’m a Billionaire

[Travis "Travie" McCoy]
I’ll be playing basketball with the President
Dunking on his delegates
Then I’ll compliment him on his political etiquette
Toss a couple milli in the air just for the heck of it
But keep the fives, twentys (?) completely separate
And yeah I’ll be in a whole new tax bracket
We in recession but let me take a crack at it
I’ll probably take whatevers left and just split it up
So everybody that I love can have a couple bucks
And not a single tummy around me would know what hungry was
Eating good sleeping soundly
I know we all have a similar dream
Go in your pocket pull out your wallet
And put it in the air and sing

[Bruno Mars]
I wanna be a billionaire so fricking bad
Buy all of the things I never had
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine
Smiling next to Oprah and the Queen
[Chorus]
I wanna be a billionaire so frickin bad!

1 Nov 2010

Kelab Bola Sepak Paling Bernilai 2010

Rank
Team
Country
Value ($mUSD)
Debt as
% of value
% change
on year
Revenue ($m)
Operating
income ($m)
1
Manchester United
England
1,835
46
-2
459
150
2
1,323
54
-2
563
130
3
1,181
41
-2
369
102
4
1,000
0
4
513
113
5
990
14
-11
406
61
6
822
47
-19
304
37
7
800
0
-19
276
41
8
656
3
9
285
57
9
646
8
-19
340
-73
10
413
0
12
276
-14
11
384
50
-25
175
-7
12
372
29
-16
186
35
13
333
10
-21
196
5
14
329
0
0
206
41
15
308
0
-19
205
25
16
274
0
-6
161
24
17
262
0
9
187
19
18
261
32
-20
145
8
19
258
0
-17
143
-56
20
198
8
-30
142
-49


Sumber :  Forbes
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY