Halaman

Jelitaku-MK

13 Okt 2010

Tip Penjagaan Kereta 6 - Amalan Asas Penjagaan Kereta

MEMANG terbukti kereta yang terjaga mendapat nilai yang lebih baik apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu. Berikut antara amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.

- Elak pengubahsuaian yang terlampau. Kereta yang diubah suai dengan ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan kurang selesa kepada bakal pembeli. Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal. Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.

- Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta. Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.

- Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda seorang mekanik bertauliah.

- Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta. Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang dalaman kereta.
Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan terjaga.

1 ulasan:

LadyBird berkata...

time ksh..
lady br je berua2 nk mncr cr mnjg krt.. hi3x.. tq yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY