Halaman

Jelitaku-MK

7 Sep 2010

Rahsia Usahawan Kosmetik

SEBUT sahaja tentang kecantikan kita pastinya mengaitkan dengan wanita. Satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang dalam soal kecantikan iaitu ia sangat membantu para usahawan produk kecantikan memajukan perniagaan mereka.

Dalam melihat kejayaan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecantikan, selalunya kita hanya melihat kisah kejayaan mereka. Tetapi pastinya di sebalik cerita kejayaan akan terselit liku-liku kepayahan dalam mengharungi hidup dan perniagaan.

Penceraian jadi dorongan

Pengalaman hidup yang diharungi oleh usahawan kosmetik berjaya Datuk Sosilawati Lawiya dalam mengharungi liku-liku kehidupannya sememangnya sangat mengharukan. Akibat kegagalan perkahwinan benar-benar mengajar beliau erti kehidupan.

Satu ketika dahulu wanita ini pernah menjaja produk kecantikan dari rumah ke rumah sambil mengendong bayinya. Ini semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara enam anaknya yang masih kecil selepas suami yang menjadi tempat bergantung menceraikannya.

Biarpun tidak pernah keluar bekerja sepanjang bergelar isteri, Sosilawati tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk mengharap belas ehsan daripada orang lain bagi meneruskan kehidupan.

Menurut wanita kelahiran Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini, penceraian pada usia awal 30-an telah menjadikannya lebih berani untuk menongkah liku-liku kehidupan.

“Saya akui, perceraian pertama memang perit apatah lagi di bahu saya tergalas tanggungjawab untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna,’’ katanya.

Sosilawati percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu urusan Tuhan malah tidak keterlaluan jika dikatakan perceraian tersebut menjadi pencetus kepada kejayaannya sekarang.

Bagi beliau peristiwa itu mengajarnya untuk berdikari dan mula bercampur dengan rakan-rakan yang terlibat dalam perniagaan kosmetik dan kecantikan dan mendapati ia merupakan sebuah perniagaan yang bagus. Berkat kesabaran dan menganggap kegagalan sebagai pengajaran, Sosilawati gigih mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvella Visage (NV) malah sudah bergelar usahawan kosmetik berjaya pada usia 40-an.

Mengakui tidak mempunyai pendidikan yang tinggi hanya sekadar SPM sahaja namun beliau sanggup bermula dari bawah.

“Pada asalnya saya hanya menjual produk kosmetik orang lain kemudian saya menubuhkan butik kecantikan.

“Saya buat sendiri semua urusan dari memberi facial hinggalah menarik pelanggan. Namun berkat dari usaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti putus asa, saya menikmati hasilnya sekarang,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia
 
Catatan: Sehingga hari ini, kehilangan Datuk Sosilawati masih menjadi misteri... Semoga selamat hendaknya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY