Halaman

Jelitaku-MK

18 Okt 2010

Kisah Kesederhanaan Warren Buffet

Warren Buffet antara orang terkaya dunia .......
Tulisan berikut merupakan rangkuman 1 jam wawancara di CNBC.
Antara aspek kehidupannya yang sangat menarik:
- Buffet memulakan pelaburan sahamnya pada usia 11 tahun dan dia sangat menyesal memulakan pelaburan saham di usia yang terlambat.
- Dia membeli sebuah kebun yang kecil pada umur 14 tahun dengan wang tabungan yang didapatinya dari hasil mengirimkan surat khabar
- Dia tetap hidup sederhana dengan gaya hidup yang tidak berubah:
• Mempunyai rumah dengan 3 bilik tidur kecil di kota kecil Omaha, yang dia beli setelah ia berkahwin 50 tahun yang lalu, rumahnya tidak memiliki pagar.
• Dia memandu keretanya sendiri tanpa seorang pemandu ataupun bodyguard di dekatnya
• Dia tidak pernah keluar menggunakan jet peribadi, walaupun dia memiliki syarikat jet peribadi terbesar di dunia
• Syarikatnya, Berkshire Hathaway, memiliki 63 syarikat. Dia hanya menulis 1 surat setiap tahun ke CEO perusahaan2nya tersebut, memberikan mereka tujuan perniagaan yang harus dicapai setiap tahun. Dia tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menelefon CEO2 tersebut, dia hanya memberikan 2 buah peraturan:
Rule number 1: Jangan membuat para pemilik saham rugi
Rule number 2: Jangan sesekali lupa peraturan nombor 1
• Dia tidak pernah bersosial di kelab-kelab orang kaya, waktu luangnya setelah ia tiba di rumah ia gunakan untuk membuat popcorn, dan menonton TV.
• Bill Gates, tidak pernah berminat untuk menemui Buffet karena tidak melihat adanya persamaan yang mereka miliki, namun beberapa tahun yang lalu Bill cuba membuat agenda untuk bertemu dengan Buffet hanya selama 30 minit. Namun meeting tersebut  berlangsung selama 10 jam, Bill berbincang-bincang lama sekali dengan Buffet.
• Buffet tidak pernah membawa hanphone, mahupun PC / laptop di mejanya.
Nasihatnya untuk Orang Muda:
* Jauhi kad kredit dan melaburlah untuk diri anda sendiri dan ingat;
* Wang tidak menciptakan manusia, namun manusia yang menciptakan wang. Hiduplah secara sederhana
* Jangan lakukan apa yang orang lain katakan, dengar saja mereka, namun lakukanlah hanya apa yang menurut anda baik
* Jangan membeli barang kerana brandnya, pakailah apa yang sekiranya selesa bagi anda
* Jangan menghabiskan wang anda untuk barang-barang yang tidak penting. Gunakanlah wang untuk membantu mereka yang kekurangan
* Gunakanlah wang anda secara bijaksana untuk keinginan yang memang benar-benar anda perlukan.
* Akhirnya, biar bagaimana pun orang lain tetap tidak dapat mengatur hidup anda sendiri. Andalah yang mengendalikan hidup anda sepenuhnya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY