Halaman

Jelitaku-MK

8 Okt 2010

Surirumah Jadi Penulis Jutawan


Kisah ini mungkin anda dah baca, tapi kisah sebegini elok dibaca selalu sebagai sumber inspirasi..
Seorang janda, Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari. Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah, beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi. Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya.

Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY