Halaman

Jelitaku-MK

8 Feb 2011

6 Teknik Kekal Positif

Kita semua tahu bahawa persekitaran kita saat ini terlalu banyak sangat perkara- perkara yang berunsurkan negatif. Terlalu banyak berita berunsur negatif di luar sana yang terus mempengaruhi minda kita setiap hari. Belum lagi kata-kata dan kritikan orang-orang disekeliling kita. Apakah kita mesti membiarkannya mempengaruhi kita sehingga kita menjadi takut untuk meneruskan kehidupan kita. Sudah tentulah tidak sama sekali. Ini adalah kerana kita semua pasti ada impian dan matlamat yang mahu dikejar. Kalau kita layan anasir-anasir negatif ini tentulah kita setiap hari akan duduk sahaja di rumah tanpa berbuat apa-apa kerana membayangkan kalau saya keluar rumah hari ni tentu saya akan diekori oleh orang jahat yang mahu membunuh saya.

Ada 6 teknik untuk membuatkan kita kekal positif:

1. Sentiasa merasa bersyukur atas setiap kebaikan.

Setiap kali kita merasa tertekan, stress atau menemui kegagalan cuba kita bayangkan kelebihan-kelebihan yang kita sedang nikmati dan rasai berbanding orang lain di luar sana semisalnya:
- Hari ini aku masih dapat bersarapan pagi sampai kenyang sedangkan ramai orang diluar sana tak tahu lagi nak makan apa hari ni disebabkan bencana alam atau perang.

2. Berada di lingkungan orang-orang yang positif.

Untuk kekal positif kita mesti sentiasa berada dalam lingkingan orang yang positif. Hindari bercakap-cakap dengan orang yang berfikiran negatif. Kadang-kadang mungkin sukar untuk kita mengelak dari berbual dengan orang-orang yang negatif tetapi apa yang penting bila kita berinteraksi dengan orang yang negatif jangan beri tumpuan sangat pada apa yang mereka katakan. Ini kerana orang yang negatif boleh menjangkitkan sikap negatif dia kepada kita.

3. Sentiasa fokus kepada impian dan matlamat.

Sentiasa tetapkan matlamat dan impian kita supaya kita tahu arah dan halatuju hidup kita ini. Sentiasa bayangkan apa yang ingin kita capai dan rasai dalam hidup ini. Orang seperti apakah yang ingin kita jadi suatu hari nanti. Walaupun kejayaan yang kita capai masih sedikit tatap teruskan langkah kehadapan kerana setiap kejayaan kecil akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar.

4. Yakin bahawa sesudah kesusahan akan ada kesenangan.


Kita sebagai umat Islam sentiasa kena yakin dengan janji Allah kerana dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 Allah SWT berfirman bahawa "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu akan ada kemudahan."

5. Sentiasa baca sesuatu yang boleh memberikan inspirasi dan motivasi. Hindari bacaan yang berunsurkan negatif.

Jika kita biasakan membaca artikel atau buku yang memberikan inspirasi dan motivasi , kita akan dapat terus kekal dalam keadaan positif. Ini kerana artikel-artikel/ buku-buku seperti ini selalu menceritakan liku-liku hidup mereka-mereka yang telah mencapai kejayaan di mana kisah-kisah mereka dapat kita jadikan panduan dan iktibar.

6. Berehat sejenak dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Lupakan masalah anda buat seketika waktu. Mungkin kita boleh keluar pergi membeli belah bersama kawan-kawan kita yang postif. Kita juga boleh pergi bersukan, berenang atau buat apa saja aktiviti yang menyeronokkan. Berehat dan enjoy seketika dapat membantu kita pulihkan semula semangat kita dan seterusya dapat kekalkan kita dalam keadaan postif.

Kredit: haidoctorhafiz.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY