Halaman

Jelitaku-MK

11 Mac 2011

Taikun Mexico kekal terkaya

NEW YORK: Peningkatan harga komoditi global dan pertumbuhan pesat ekonomi Asia mendorong pertambahan besar bilangan bilionair di Russia, China dan Brazil pada 2011.
Bilangan bilionair di China bertambah hampir sekali ganda kepada 115 orang, manakala Russia dan Brazil mencapai peningkatan dua pertiga mencecah angka 101 dan 30, demikian kenyataan Forbes dalam senarai tahunan individu terkaya di dunia. Ia pertama kali negara selain Amerika Syarikat yang mempunyai 413 bilionair, mencatat bilangan bilionair lebih daripada 100. Moscow yang mempunyai 79 bilionair kini menjadi bandar raya kediaman kebanyakan mereka yang tercatat dalam senarai itu menewaskan New York yang hanya memiliki 58 bilionair.

Individu terkaya di dunia iaitu taikun Mexico, Carlos Slim mengekalkan gelaran disandangnya untuk dua tahun berturut-turut. Beliau mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding 1,209 bilionair lain sepanjang tahun lalu: nilai hartanya bertambah daripada AS$20.5 bilion (RM63.55 bilion) kepada $74 bilion (RM229.4 bilion).
Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tangga kedua dengan nilai kekayaan meningkat kepada $56 bilion (RM173.6 bilion) berbanding $53 bilion (RM164.3 bilion) tahun lalu, manakala pelabur Warren Buffett berada di tangga ketiga dengan $50 bilion (RM155 bilion) bertambah daripada $47 bilion (RM145.7 bilion) tahun lalu.

Pertambahan bilangan bilionair di Russia didorong oleh pertumbuhan pesat komoditi. Brazil turut memperoleh keuntungan daripada harga komoditi yang tinggi, di samping undang-undang pendedahan kekayaan yang ketat dan nilai mata wang yang kukuh. China dan India yang mempunyai 55 bilionair selepas bertambah sebanyak enam lagi disokong oleh ekonomi yang kukuh bagi menjana sumber kekayaan dari pelbagai sektor.

Sementara itu, antara pendatang baru dalam senarai bilionair dikeluarkan Forbes, empat daripadanya menjana kekayaan hasil rangkaian laman sosial Facebook - pengasas bersama, Dustin Moskovitz dan Eduardo Saverin serta pelabur Yuri Milner dan Sean Parker. Mereka menyertai pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang mempunyai kekayaan bernilai $13.5 bilion (RM41.9 bilion) dengan kedudukannya meningkat kepada tangga 52 daripada 212 tahun lalu. - Reuters

sumber : mymetro

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY