Halaman

Jelitaku-MK

8 Mac 2011

Usahawan Perlu Ada '4P'



Kehidupan seorang usahawan tidak sama dibandingkan dengan kehidupan makan gaji. Masih teringat dengan ilmu yang pernah saya dapat suatu masa dulu iaitu 4P untuk menjadi usahawan. Apa yang dimaksudkan dengan 4P?

1) PENUH BERSEMANGAT DAN GHAIRAH

Bila bergelar seorang usahawan jiwa ini mesti sentiasa penuh semangat dan ghairah. Sangat berbeza dengan makan gaji kerana hujung bulan tetap gaji akan masuk. Cuma jumlah gaji yang akan kita dapat kita sudah tahu. Misalnya saat saya bekerja dulu sebagai seorang doktor di Hospital Kerajaan memang saya dah tahu dah hujung bulan gaji bersih yang saya dapat ialah RM 3100. Serajin mana pun saya itulah yang akan saya dapat. namun bila bergelar usahawan, melalui perasaan yang penuh semangat dan ghairah, dan kemudian diikuti oleh tindakan yang konsisten, pendapatan yang kita dapat ternyata lebih berganda-ganda sampai mencecah 5 angka sebulan. Makin ghairah dan bersemangat makin hebatlah pendapatan kita. Sebab tulah bila kita jumpa usahawan-usahawan yang sudah berjaya mereka sentisa sahaja penuh berghairah dan bersemangat.

2) PENGORBANAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Ramai yang mahu menjadi usahawan yang berjaya. Ramai yang nak kaya bila berniaga. Tapi bila sebut tentang perlunya pengorbanan untuk berjaya, ramai yang tak sanggup. Sebab apa tak sanggup? Sebab ramai yang nak buat kerja mudah. Kalau boleh duduk diam-diam dapat duit. Bagaimana nak berjaya kalau tak mahu berkorban. Kalu kita kaji kisah-kisah tokoh usahawan yang berjaya pasti kita akan temukan banyaknya pengorbanan yang mereka telah tempuhi sebelum mereka menjadi orang yang berjaya. Bla menjadi usahawan pengorbanan yang kita lakukan hanyalah bersifat sementara kerana kesenangan yang diperolehi oleh kita kelak akan membolehkan kita dapat semula semua yang kita korbankan dulu. Misalnya , bila menjalankan perniagaan perlulah kita kurangkan menonton televisyen, tapi InsyaAllah satu hari kelak kita boleh menonton televisyen semula dengan sepuas hati. Kadang-kadang hairan juga, kita sanggup tinggalkan anak di rumah pengasuh selama 10 jam setiap hari bila makan gaji tetapi tak sanggup tinggalkan anak sekejap selama 2-3 jam untuk menjalankan perniagaan.

3) PERANCANGAN YANG TELITI

Bila jadi usahawan kita adalah bos. Tak ada sesiapa yang boleh marah kita. Tapi bila jadi Bos kita mesti nak ada perancangan sebab dengan adanya perancangan barulah kita akan nampak bagaimanakah halatuju perniagaan kita. Perancangan yang teliti akan menjadikan kita lebih berdisiplin dan seterusnya dapat memastikan matlamat perniagaan kita akan tercapai. Sekiranya belum tercapai perlu untuk kita kaji semula di mana kelemahan dan kekurangan perancangan yang telah kita lakukan. Di situlah nanti kita dapat melakukan evaluasi yang seterusnya dapat menjadikan perancangan kita pada masa akan datang lebih baik dan efisyen.

4) PERMULAAN MODAL

Permulaan modal merujuk modal yang kita perlukan sebagai permulaan untuk menjalankan perniagaan. Agak mustahil untuk kita menjadi usahawan tanpa modal permulaan yang cukup. Perlu untuk kita seorang usahawan mengetahui dari mana kita akan memperolehi modal tersebut samada dari wang simpanan sendiri atau melalui pinjaman.

Semoga kita sama-sama boleh menerapkan 4P ini untuk lebih berjaya sebagai seorang yang bergelar USAHAWAN.

kredit: haidrhafiz.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tips To Make Money Online

It doesn’t matter how great the business is, there’s still those basic key points that you need to have a successful online business and here they are

1. GREAT MENTORS

2. A POWERFUL PRESENTATION

3. A POWERFUL COMPENSATION PLAN

4. TEAM SUPPORT

5. SELL PRODUCTS THAT ARE IN HIGH DEMAND

6. CREDIBILITY